fbpx

Instagram Jocelyn Chia kembali aktif, tiada permohonan maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di Instagram Jocelyn Chia.

PETALING JAYA – Akaun Instagram pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia kembali aktif selepas digantung, semalam.

Jocelyn bagaimanapun tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan lawak keterlaluan yang dibuat olehnya dalam satu persembahan komedi berdiri, baru-baru ini.

“Khabar angin mengatakan saya padam akaun Instagram ataupun digantung oleh Instagram.

“Sebenarnya akaun ini digantung kerana dikatakan menyamar sebagai selebriti. Siapa selebriti itu? Jawapannya Jocelyn Chia,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Jocelyn turut berterima kasih kepada komuniti pelawak yang dipercayai tetap menyokong dirinya.

Bagaimanapun, ruang komen masih ditutup manakala video lawak ‘Singapore vs Malaysia’ yang mendapat kecaman itu juga tidak kelihatan di akaun Instagram tersebut.

Terdahulu, Jocelyn telah membuat beberapa jenaka keterlaluan, salah satunya mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek.

Susulan itu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas lawak melampau yang dibuat oleh pelawak berkenaan.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dalam satu kenyataan berkata, beliau amat terkejut dengan tindakan pelawak itu dan menegaskan kata-kata atau tindakan Jocelyn sama sekali tidak mencerminkan pandangan Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI