fbpx

Dua ahli keluarga Hawari berlepas ke Kathmandu malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar (kanan) dan Mohamad Ismail berlepas ke Kathmandu malam ini bagi mengikut perkembangan terkini SAR Muhammad Hawari.

SEPANG – Dua ahli keluarga Muhammad Hawari Hashim berlepas ke Kathmandu, Nepal malam ini bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki itu.

Mereka adalah adik Muhammad Hawari iaitu Mohamad Ismail, 28, dan abang iparnya, Azhar Ilias, 35, selain, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP), Haryany Mohamad.

Azhar ketika ditemui berkata, dia menemani Mohamad Ismail yang juga seorang orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, bagi menghadiri sidang media khas operasi SAR Muhammad Hawari.

Katanya, kunjungan ke sana adalah bagi mendapatkan perkembangan lebih dekat dan jelas berhubung status operasi SAR Muhammad Hawari.

“Kami sekeluarga masih berharap agar Muhammad Hawari selamat dan ditemui semula. Kami juga reda dengan sebarang perkara yang berlaku di luar dugaan kerana semuanya ketentuan Ilahi.

“Malah, kami juga bersedia menerima sebarang kemungkinan selepas operasi SAR ditamatkan pada Selasa lalu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Katanya, sejak kehilangan Muhammad Hawari 19 Mei lalu, mereka sekeluarga mengikuti rapat SAR berkenaan yang dikongsi sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023).

Jelasnya lagi, kehadiran wakil keluarga pada sidang akhbar di Kathmandu esok bakal merungkai dan merencana langkah seterusnya status SAR berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI