fbpx

PAU 2023: Gerak kerja digital akan dilaksanakan Puteri UMNO dalam menghadapi PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO akan melakukan pendigitalan gerak kerja di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, langkah tersebut penting dalam mentransformasi Puteri selaras dengan revolusi industri IR4.0.

Justeru katanya, kepimpinan Puteri di peringkat pusat, negeri, dan bahagian perlu berkolaborasi bagi memastikan gerak kerja itu berjalan lancar dan membuahkan hasil dalam PRN kelak.

“Pada masa sama, kita juga perlu anjurkan program-program yang boleh menarik pengundi 18 tahun bersama kita. Pastikan program tersebut menepati citarasa anak muda.

“Jadilah lebih kreatif dalam menarik undi anak muda untuk kembali mengundi kita. Fokus kita, anak muda! Anak Muda! Dan anak muda!,” katanya ketika berucap pada sesi penggulung sayap Puteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Amal berkata, beliau mahu semua ahli Puteri memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi kepadanya yang baharu menerajui sayap berkenaan.

“Ini gerak kerja pertama kali dan anda diberikan ‘tugasan’ besar untuk menjaga wanita bawah 40 tahun dan anda baru pegang jawatan tidak sampai tiga bulan.

“Saya harapkan kerjasama dari semua, kerja elok-elok dan bawa kemenangan kepada parti UMNO,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI