GEORGE TOWN – Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, segala urusan berkaitan pembubaran DUN itu akan diatur dengan sebaik mungkin.
“Tarikh bubar DUN, kita bercadang pada 28 Jun, kita akan atur,” katanya selepas Majlis Perasmian Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat daerah Timur Laut 2023, di sini hari ini.
Enam negeri akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh terdekat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini juga berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam negeri itu berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE