fbpx

Jangan lantik bekas KSU sebagai Ketua Audit Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati (tengah)

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta agar tidak meneruskan amalan pelantikan bekas ketua setiausaha (KSU) sebagai Ketua Audit Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sebaliknya jawatan tersebut sepatutnya melantik individu berlatar belakang dalam perakaunan dan pengauditan.

“Kerajaan perlu melantik Ketua Audit Negara yang mempunyai latar belakang perakaunan dan pengauditan bagi memberi nilai tambah dalam melaksanakan pengauditan secara profesional.

“Lantikan bekas KSU kementerian sebagai Ketua Audit Negara perlu dielak walaupun justifikasi pelantikan disebabkan mereka tahu mengenai selok-belok pentadbiran awam.

“Bagaimanapun, lebih baik Ketua Audit Negara mempunyai latar belakang profesional dalam bidang kewangan atau pengauditan,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati berharap supaya kekosongan jawatan penting itu dapat diisi segera selepas penamatan kontrak Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid pada Februari lalu.

Katanya, situasi tersebut menyebabkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tidak dapat dibentang.

“Hanya Ketua Audit Negara boleh mengemukakan LKAN kepada Yang di-Pertuan Agong, yang akan memperkenankan laporan berkenaan untuk dibentang di Dewan Rakyat, selaras Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI