fbpx

Ikrar palsu antara disiasat kes kontena terbakar Pelabuhan Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony ( dua kanan) menyampaikan sijil sistem pengurusan anti rasuah kepada pengurus besar LPK, Kapten K. Subramaniam

SHAH ALAM – Pengikraran palsu antara aspek disiasat berhubung kejadian kebakaran 13 buah kontena di Pelabuhan Utara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, siasatan masih dijalankan oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Pelabuhan Utara (Malaysia) Berhad sama ada bahan yang diikrar tersebut adalah benar atau tidak.

“Kita masih siasat apakah puncanya tetapi saya tidak mahu buat kesimpulan pada ketika ini dengan siasatan terperinci sedang dijalankan.

“Kalau ikrar palsu, itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, maka kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tersebut” katanya selepas menyampaikan sijil sistem pengurusan anti rasuah di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kebakaran kontena di Pelabuhan Utara, Klang semalam.

Anthony berkata, pihaknya mengambil berat terhadap pengikraran barangan dalam kontena bagi memastikan keselamatan selain beberapa kawalan akan diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sebegitu berulang lagi.

“Kita juga ada melakukan audit, perisikan perkongsian maklumat daripada pelbagai agensi.

“Memang sesuatu kita amat prihatin seperti berlaku kebakaran (kontena) di Pelabuhan Utara dengan ada barang bahaya. Apa yang diikrar kepada pihak agensi memadai dan tidak beritahu risiko kepada pihak operator adalah sesuatu yang perlu disemak semula,” katanya.

Mengulas mengenai majlis tersebut, Anthony menjelaskan pemberian sijil dan memorandum persefahaman (MoU) antara LPK bersama agensi dan pemegang taruh adalah bertujuan memerangi rasuah dalam industri maritim.

“Kita ingin memastikan industri itu berkembang pesat dan penuh integriti kerana kita tahu dalam sahaja urusan perniagaan dan perdagangan ada risiko berlakunya rasuah.

“Bidang maritim sangat penting kerana melibatkan perdagangan dengan pihakantarabangsa, syarikat perkapalan, pengeksport dan pengimport. Ini adalah bertepatan dengan misi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berintegriti,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI