fbpx

Ribut petir landa 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ia melibatkan Hulu Perak di Perak, Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Setiu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong dan Kuantan.

Dalam pada itu, bagi Negeri Sembilan, hujan lebat hanya tertumpu di Jelebu manakala di Johor membabitkan Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak bagi kawasan Kucing, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Justeru, penduduk di negeri terlibat dinasihatkan agar berwaspada dan elakkan daripada berada di kawasan yang berisiko. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI