fbpx

KKM kesan 16 jenama produk makanan mengandungi racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara produk yang dikesan mengandungi racun berjadual.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk makanan berkenaan disyaki dicampur dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

“Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar empat daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut. Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap.

“Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara produk makanan yang dikesan ialah minuman kesihatan Tonik Tuan Haji 1921, California Pure, Orange+, Kopi Panggung Al Ambiak, Kopi Jantan Tradisonal jenama Natural Herbs Coffee danKopi Jantan Tradisional 7A.

Selain itu, jenama lain ialah kopi pracampuran WM Coffee, Kopi Harimau, Kopi Mutiara, Jus Kesihatan Saidina, Miracle Energy Coffee dan Kopi Strong Man.

Noor Hisham berkata, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menyatakan individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

“Individu berkenaan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan itu dan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk ini dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI