fbpx

PKPD Anjung Teduh Felda Sahabat dilanjutkan hingga 20 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Anjung Teduh Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah akan dilanjutkan daripada 7 hingga 20 November depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Anjung Teduh FELDA Sahabat, Lahad Datu bermula 24 Oktober lalu sehingga esok.

Menurutnya, sehingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan sebanyak 2,615 saringan dan merekodkan sebanyak 56 kes kumulatif positif Covid-19 di kawasan tersebut.

“Daripada jumlah itu sebanyak 28 kes telah sembuh sepenuhnya manakala baki hanya tinggal 28 lagi kes aktif.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD Anjung Teduh Felda Sahabat, Lahad Datu daripada 7 November 2020 hingga 20 November 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI