fbpx

Tak hadir mahkamah, Puteri Sarah sakit mata, Syamsul Yusof sibuk kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, pagi tadi

SHAH ALAM – Gara-gara sakit mata, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, anak guamnya kurang sihat untuk datang bagi memfailkan jawapan afidavit terhadap permohonan lanjutan injuksi yang dibuat suaminya, Syamsul Yusof.

“Puteri Sarah tak dapat hadir hari ini disebabkan kurang sihat kerana ada masalah sakit mata.

“Sebentar lagi, kita failkan jawapan afidavit terhadap permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) mereka yang mendapat perintah halangan supaya jangan bercakap masalah keluarga dan sebagainya.

“Hari ini adalah tarikh untuk afidavit jawapan itu. Jadi kita dengarlah sama ada pihak Syamsul nak jawapan lagi atau tidak.

“Kalau dia tak nak jawab, mungkin Hakim minta untuk masuk ujian bertulis,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, peguam Syamsul, Azmi Mohd. Rais pula menyatakan pengarah tersebut juga tidak dapat hadir kerana sibuk dengan kerja penggambaran.

Katanya lagi, pihaknya telah menerima afidavit jawapan daripada peguam Puteri Sarah.

“Yang arif mengarahkan untuk memasukkan hujah dan keputusan berkenaan dengan perintah injuksi ini adakan diputuskan pada 14 Ogos,” katanya.

Pada tarikh terbabit, kedua-dua pihak perlu menghadirkan diri ke mahkamah.

Terdahulu, pada 25 Mei lalu permohonan pengarah kontroversi itu untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertamanya, diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Tempoh masa perintah ex-parte bertarikh 27 April itu berdasarkan Seksyen 238 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dengan pindaan kepada perintah ex-parte terbabit.

Mahkamah antara lain memerintahkan ibu kepada dua cahaya mata itu dihalang, dilarang dan ditegah bertindak mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menulis, menerbitkan, menyebarkan, mengedarkan, menghebahkan, dan/atau menyalurkan apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, komen, gambar atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak dan atau media elektronik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI