KUALA LUMPUR – Seperti ibu bapa lain, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini turut mengambil kesempatan hadir menemani anak perempuannya bagi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini, pagi ini.
Tidak kurang hebat, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, berjaya mencipta rekod cemerlang dengan memperoleh keputusan 9A dan 2B+.
Fadhlina yang sebelumnya hadir dan dilihat duduk di kerusi bersama ibu bapa yang lain bagi mengikuti pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di sekolah tersebut.
Keputusan SPM 2022 bagi WPKL mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.75, lebih baik berbanding SPM 2021 (4.81) dengan GPN mengecil sebanyak 0.06 mata.
Seramai 17 calon daripada keseluruhan pelajar yang menduduki SPM di WPKL pada tahun 2022 berjaya memperoleh keputusan cemerlang tertinggi (Gred A+), bagi semua mata pelajaran.
Ia sekali gus mencatatkan peratusan sebanyak 0.11 peratus daripada 15,102 keseluruhan pelajar. – KOSMO! ONLINE