fbpx

Dua penyamun nekad serang polis guna parang ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi dua warga asing bersenjatakan parang ditembak mati polis di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme, Cheras, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR -Tindakan empat penyamun menyerang anggota polis dengan parang mengundang padah apabila dua daripadanya ditembak mati di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme, Cheras di sini, awal pagi tadi.

Kesemua suspek itu pada awalnya dilaporkan oleh orang awam ekoran pergerakan mereka yang mencurigakan pada pukul 3.30, pagi tadi.

Sejurus itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang melakukan rondaan menjumpai suspek di lokasi kejadian.

Difahamkan, empat suspek warga asing yang mengesan kehadiran polis kemudian bertindak menyerang anggota dengan bersenjatakan parang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua penjenayah berusia lingkungan 30-an itu ditembak mati selepas cuba melarikan diri di kawasan semak berhampiran manakala dua lagi meloloskan diri.

Katanya, hasil siasatan turut menemui beberapa peralatan dipercayai untuk kegiatan pecah rumah termasuk pemotong besi dan parang.

“Buat masa ini kita sedang siasat pembabitan mereka. Selepas kita buat siasatan lanjut dan kenal pasti identiti mereka baru kita boleh tahu siapa dia (suspek) dan kaitkan dengan kes-kes lain.” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal tidak menjumpai sebarang senjata api pada kedua-dua suspek terbabit.

Tegas Suhaily, usaha mengesan saki-baki suspek yang dipercayai warga asing itu sedang giat dijalankan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI