fbpx

“Sewa kebun RM600, untung hantar ke kampung”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang ditahan anggota penguat kuasa Imigresen di Pulau Meranti, Puchong, awal pagi tadi. - Foto oleh SADDAM YUSOF

PUCHONG – “Kami bayar RM600 sebulan pada seorang lelaki (tempatan), tapi tak pasti tanah ini dia punya atau tidak.

Demikian luahan wanita warga Indonesia yang ditahan bersama suaminya dalam serbuan penempatan haram di penempatan haram di Pulau Meranti, di sini, pukul 1 pagi tadi.

Menurut wanita berusia lingkungan 40 tahun itu, hasil kebun yang dijual untuk kawasan sekitar untuk menampung kos harian serta menghantar wang kepada keluarga di Indonesia.

“Sudah 20 tahun saya di Malaysia, ini baru pertama kali ditahan, tapak (kebun) kami sewa RM600 sebulan pada tuan tanah, untungnya tidak begitu seberapa tapi cukup untuk dihantar pada saudara (keluarga) di Indonesia,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lelaki warga Indonesia diberkas selepas cubaanya menyorok selama 30 minit di sebalik belukar gagal apabila dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagi mengelakkan dirinya diperiksa untuk dokumentasi, lelaki lingkungan umur 40an itu turut berpura-pura sakit di dada sebaik sahaja ditahan oleh anggota Imigresen.

Kesemua 22 warga asing yang diperiksa merupakan pengusaha kebun serta pekerja kebersihan syarikat swasta yang mempunyai kesalahan tinggal lebih lama dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata,seramai 24,240 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh negara menerusi pelbagai siri operasi pada tahun ini sejak Januari lalu.

Menurut beliau, statistik setakat 6 Jun itu merekodkan 3,617 operasi serta 40,459 pemeriksaan.

“Pemeriksaan itu telah menahan 24,240 PATI selain 145 majikan kerana melindungi serta menggajikan PATI.

“Tindakan berterusan kita buat antaranya pertingkat risikan, aduan dan inisiatif mencari kawasan yang sering dikunjungi warga asing terutama mereka yang membuka kedai runcit dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas operasi tangkapan PATI di Pulau Meranti di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, 19,059 PATI telah diusir tahun ini bagi tempoh 1 Januari hingga 5 Mei lalu.

Katanya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan warga asing yang melanggar peraturan negara seperti Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi PATI atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI boleh salurkan kepada JIM bagi kita melaksanakan penguatkuasaan undang-undang,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI