PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter dirasai oleh penduduk sekitar Semporna, Sabah kira-kira pukul 7.39 malam tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kejadian gempa itu berlaku di 4.5 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur manakala kedalamannya adalah tiga kilometer (km).
“Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah,”jelasnya di Facebook.
Bagaimanapun, katanya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sehubungan itu, MetMalaysia juga meminta mereka yang merasai gegaran berkenaan untuk mengisi borang soalselidik di pautan ini https://forms.gle/dpeiyC3BzN2Cdv1K6. – KOSMO! ONLINE.