fbpx

PAU 2023: Calon UMNO perlu menang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) tiba di perkarangan Dewan Merdeka bagi menghadiri sesi taklimat Presiden UMNO sempena PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – UMNO perlu bekerja keras dalam memastikan kemenangan semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO jangan hanya merasakan dirinya kuat dan tiada guna jika keberhasilannya tidak setara.

“Pesanan ini saya berikan kepada semua perwakilan yang hadir ke Taklimat Presiden tentang beberapa aspek terutamanya realiti politik baharu tanah air. Kita berada di dalam kerajaan Perpaduan dan kita adalah sebahagian daripada kerajaan.

“Kita tidak dominan, kita akui hakikat itu. Oleh itu, PRN enam negeri ini mengundang kerja kuat kita dan membuktikan mana-mana kerusi yang dimuktamadkan kepada kita hendaklah dimenangi.

“Tidak ada makna kalau kita merasa kuat tapi keberhasilannya kurang,” katanya pada hari pertama Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu juga turut mahu UMNO kembali bangkit selepas kecundang pada dua kali Pilihan Raya Umum (PRU) berturut-turut, iaitu PRU ke-14 dan PRU ke-15 kerana perpecahan parti.

Katanya, UMNO harus tahu bahawa undian yang diperolehinya pada pilihan raya lalu cuma sekitar 23 peratus dan kerusi yang perolehi pula hanya sekitar 11 peratus.

“Dua kali kita kecundang dalam PRU iaitu ke-14 dan ke-15. Untuk bangkit, kita harus perbetulkan kelemahan kita. Dalam dua PRU lalu, kita asyik melayani titik perbezaan dalam kalangan kita,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI