fbpx

Wanita potong, curi rantai budak di Jom Heboh didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita yang tular memotong dan mencuri rantai leher kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh di pekarangan Stadium Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang wanita yang tular memotong dan mencuri rantai leher kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh di pekarangan Stadium Shah Alam di sini, Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pendakwaan terhadap suspek berusia 35 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek sebelum ini direman selama tiga hari sebelum tempoh dilanjutkan semalam.

“Suspek wanita bagi kes berkenaan akan dituduh di Mahkamah Majistret esok,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Kosmo! melaporkan penahanan suspek di sekitar stadium itu dilakukan hasil rakaman video pengunjung yang menyedari kejadian menimpa mangsa berusia empat tahun berkenaan, kira-kira pukul 5.40 petang.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian karnival Jom Heboh itu dihadiri ramai orang dan rantai leher mangsa dipercayai dipotong dengan sesuatu objek sebelum ditarik serta dicuri.

Video kejadian tular itu dikatakan sempat dirakam secara tidak sengaja oleh ibu saudara kanak-kanak terbabit dan mendapat lebih 1.4 juta tontonan di TikTok. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI