fbpx

Kebakaran kontena tidak jejas operasi Pelabuhan Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan pemadaman kontena di Pelabuhan Utara, hari ini

KLANG – Kebakaran 10 buah kontena tidak menjejaskan sebarang operasi di Pelabuhan Utara, hari ini.

Jabatan Komunikasi Korporat Pelabuhan Utara (Malaysia) Berhad dalam kenyataannya memaklumkan pasukan pelabuhan tersebut bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan pakar yang berkaitan untuk memastikan pengukuhan pelaksanaan langkah keselamatan.

Selain itu, katanya, adalah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk mengurangkan sebarang potensi risiko.

“Northport ingin memaklumkan kepada semua pelanggan dan pengguna pelabuhan kami bahawa operasi pelabuhan tidak terjejas oleh kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan dan semua pihak digesa untuk mengelak daripada membuat sebarang spekulasi, kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak betul,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 10 buah kontena mengandungi bahan mudah terbakar musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Utara, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang insiden dengan operasi pemadaman melibatkan seramai 35 anggota dan pegawai termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari sembilan buah balai bomba dan penyelamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI