fbpx

Durian duri hitam dijual RM98 sekilogram di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durian duri hitam yang terkenal di Malaysia ditanam di Vietnam dan dijual sehingga RM98.02 satu kg di ladang negara itu. - Foto VnExpress

HANOI – Durian duri hitam yang terkenal di Malaysia kini dijual di Vietnam selepas ditanam di Delta Mekong dan dijual sehingga 500,000 dong (RM98.02) setiap kilogram (kg), lapor laman berita VN Express hari ini.

Seorang penanam pertama durian itu yang dikenali sebagai Thuc berkata, dia telah menanamnya sejak 2019 dan kini mempunyai sekitar 20 batang pokok.

“Musim ini setiap satu pokok akan mengeluarkan 60 kg buah secara purata.

“Saya akan mendapat 200 kg buah tetapi tidak dapat memenuhi permintaan.

“Durian jenis ini tumbuh dengan baik di Delta Mekong, justeru, kami akan menanamnya lebih banyak,” katanya.

Thuc menjual durian itu pada harga 450,000 dong (RM78.42) hingga 500,000 dong (RM98.02) untuk 1 kg di ladangnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI