BEIJING – Seorang wanita di China diseret lebih 20 meter dalam keadaan dia berpaut pada kepala kekasih gelap suaminya selepas ‘menangkap’ kedua-dua mereka sedang menaiki kereta, lapor laman berita Thaiger semalam.
Dalam kejadian yang berlaku di Xuejiagou, wilayah Hebei, wanita berkenaan ketika itu dikatakan sedang membeli-belah bersama anak-anaknya.
Dia yang terkejut melihat suami dan kekasihnya itu bertindak dramatik dengan menyerbu kereta tersebut dan menarik rambut wanita berkenaan.
Si suami terus menekan pedal minyak kereta sambil wanita itu menjerit dan menarik perhatian sejumlah orang yang lalu lalang.
Mereka kemudian memberhentikan kereta tersebut serta membantu wanita itu.
Susulan kejadian itu, media tempatan melaporkan, si suami telah ditahan polis untuk disiasat kerana memandu secara berbahaya. – Agensi