fbpx

PKPD Penjara Pokok Sena ditamatkan Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Pokok Sena, Kedah akan ditamatkan Sabtu ini ekoran tiada lagi kes Covid-19 baharu dicatatkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 4 November lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan sebanyak 2141 saringan dan 376 kes positif telah direkodkan.

Bagaimanapun, katanya, daripada 376 kes positif tersebut, seramai 324 telah sembuh sepenuhnya manakala baki 52 kes aktif sedang dirawat.

“Saringan KKM terhadap kakitangan dan penghuni kuarters juga mendapati tiada lagi kes positif Covid-19 baharu direkodkan di Penjara Pokok Sena untuk tempoh tujuh hari terkini.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD Penjara Pokok Sena pada 7 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI