fbpx

Anak ketagih ‘mobile game’ habiskan wang ibu RM290,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anak menghabiskan wang ibunya sebanyak RM290,299 untuk kos permainan mudah alih di China baru-baru ini. - Foto Unsplash

BEIJING – Ibu bapa kepada seorang gadis berusia 13 tahun yang ketagih permainan video terkejut apabila mengetahui bahawa remaja tersebut membelanjakan wang sebanyak 449,500 yuan (RM290,299) untuk hobinya itu, lapor laman berita OddityCentral semalam.

Dalam kejadian di wilayah Henan, China itu, ibu remaja terbabit mendapati akaun banknya hanya berbaki 0.5 yuan (RM0.32 sen), daripada jumlah asal sebanyak 449,500 yuan. Wang itu adalah milik dia dan suaminya yang disimpan selama bertahun-tahun.

Lebih mengejutkan adalah pelakunya ialah anak perempuan mereka sendiri yang menggunakan kad debit wanita berkenaan bagi memenuhi ketagihan permainan videonya.

Perkara itu diketahui hanya selepas guru gadis itu menyedari dia menghabiskan terlalu banyak masa menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Dalam video yang tular di media sosial, wanita berkenaan melihat helaian penyata bank yang memperincikan perbelanjaan anak perempuannya.

Namun, si ibu akhirnya mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan dengan memberikan kod nombor pengenalan peribadi (PIN) kad debit kepada anaknya sekiranya dia memerlukan wang segera untuk kecemasan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI