fbpx

Diperdaya ‘Phone Scam’, pesara syarikat lesap RM449,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang pesara sebuah syarikat carigali minyak dan gas lesap wang simpanannya berjumlah RM449,200 selepas menjadi mangsa sindiket ‘Phone Scam’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kejadian bermula apabila lelaki berusia 69 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Diana Abdullah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, wanita itu mengatakan terdapat satu nombor telefon didaftarkan atas nama mangsa sedang dalam pemerhatian SKMM kerana terlibat dengan kes fitnah pada 19 November 2022.

“Seterusnya panggilan telefon disambungkan kepada Sarjan Vincent, Inspektor Herman dan Inspektor Kho dari Kota Kinabalu, Sabah yang mengatakan mangsa terlibat dengan kes jenayah pengubahan wang haram dan pengedaran dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Mohd Azman berkata pada 21 November 2022, mangsa diarahkan oleh suspek untuk membuka akaun bank baharu di sebuah institusi kewangan di Kuching bagi tujuan pemantauan pengaliran wang mangsa.

“Kemudian suspek mengarahkan mangsa memindahkan wang ASB berjumlah RM390,000 ke akaun bank yang baru dibukanya dan mangsa juga diarahkan suspek untuk menjual kesemua saham di sebuah institusi kewangan berjumlah RM59,263 sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank baharu miliknya.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah semakan baki wang di dalam akaun bank baharunya mendapati berbaki RM63.77 sahaja,” katanya.

Mohd Azman berkata pada 30 Mei 2023, mangsa kemudian membuat semakan dengan dua buah institusi kewangan di Kuching dan mendapati wang berjumlah RM449,200 telah dipindahkan dari akaun bank miliknya secara berperingkat ke dua akaun individu tidak dikenali antara 21 November 2022 sehingga 2 Disember 2022.

Susulan itu, katanya mangsa tampil membuat laporan polis pada 6 Jun lalu untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI