fbpx

Cuti umum banyak, tetapi stres bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Bertuah sungguh kerana Malaysia tersenarai dalam kelompok negara yang memiliki cuti umum yang paling banyak di rantau Asia Tenggara dan rekod itu pernah dicatat pada tahun 2019 yang mana rakyat mendapat manfaat bercuti selama 50 hari.

Tempoh cuti yang banyak setiap tahun ditambah pula dengan cuti yang disambut di peringkat negeri membolehkan rakyat suka merancang program percutian masing-masing, mengatur majlis kenduri kendara, menganjurkan majlis reunion dan pelbagai lagi.

Kalendar di platform media sosial mudah diakses bagi membolehkan masyarakat merancang dengan terperinci termasuk menghantar borang cuti lebih awal ke meja majikan.

Bercerita mengenai cuti khususnya cuti sekolah, masyarakat kini sudah pandai menyusun program masing-masing agar masa terluang bersama keluarga dan anak-anak dapat diisi dengan sebaiknya.

Bertuah jika ada ibu bapa yang merancang percutian ke luar negara bersama anak-anak tetapi ada juga sebaliknya hanya bercuti di dalam negara atau lebih menarik, balik ke kampung bercuti bersama datuk dan nenek.

Tidak perlu berasa rendah diri dan berasa segan sekiranya hanya mampu membawa anak-anak bercuti ke Sekinchan, Kuala Selangor, Selangor; Lumut, Perak atau Padang Besar, Perlis berbanding ke destinasi percutian popular seperti di Pulau Jeju, Korea: Bali, Indonesia atau di London dan Paris.

Melihat kepada trend percutian semasa, agak mengelirukan juga kerana banyak hotel lima bintang apatah lagi hotel tiga bintang di pelbagai destinasi menarik akan penuh ditempah pelanggan tetapi masyarakat sering merungut kenaikan harga barang makanan, barang basah, harga minyak serta pelbagai kos lain yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Tetapi bajet bercuti di hotel-hotel tetap ada, meskipun segalanya mahal masa kini.

Lebih sukar dicari jika mahu membuat tempahan penginapan di saat akhir sehingga terpaksa membatalkan program percutian tersebut ke hari lain yang mana bukan pada hari cuti sekolah.

Jalan raya dan lebuh raya juga tidak kurangnya sesak dan pelbagai restoran serta kedai makan popular termasuk yang tular juga padat dengan pengunjung beratur untuk menunggu ruang menjamu selera di situ.

Bagaimanapun, setelah bercuti dan bersantai dan merihatkan minda serta tenaga, diharapkan tiada lagi tabiat malas, lesu dan juga sakit sakit badan ketika menyiapkan diri ke pejabat, sekolah atau premis perniagaan masing-masing.

Sepatutnya minda dan tenaga yang segar itu digunakan semula untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai pekerja.

Sesetengah individu menjadikan pelan percutian sebagai motivasi pada diri mereka untuk mengumpul duit lagi bagi merealisasikan minat berkunjung ke luar negara atau ada juga yang mahu berihat di pulau-pulau menarik di Sabah, Terengganu dan Langkawi.

Atau ada juga yang mahu sekadar berehat di hotel lima bintang yang menyajikan pengalaman bercuti mewah sebagai orang ‘kayangan’, bangsawan atau T20.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI