fbpx

Romel Morales perkuat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORALES (tengah) dilapor bakal mendapat taraf kerakyatan dalam tempoh terdekat dan mampu memperkuatkan Harimau Malaya.

IMPIAN skuad Harimau Malaya untuk mendaftarkan seorang lagi pemain bertaraf naturali­sasi, Romel Morales berada dilandasan tepat selepas pengurusan Kuala Lumpur City (KL City) mengesahkan proses tersebut berjalan dengan cukup serius.

Pasukan kebangsaan kendalian Kim Pan-gon dilihat menagih kehadiran Morales bagi menajamkan lagi jentera sera­ngan sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar yang akan bermula pada Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard mengakui proses naturalisasi yang sedang diharungi oleh pemain kelahiran Colombia itu masih lagi berjalan sebelum mendapat pasport tempatan dalam masa terdekat.

“Pihak pengurusan masih lagi dalam proses untuk mendapatkan taraf kerakyatan buat Morales, tetapi tidak pasti jangka masanya, mungkin dalam masa terdekat.

“Namun, apa yang mengecewakan adalah kami tidak dapat mendaftarkan Morales sebagai pemain tempatan walaupun dia berjaya dapat kad pengenalan sebelum tarikh pendaftaran ke­dua Liga Malaysia bermula, 5 Julai depan.

“Itu adalah peraturan yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), tetapi saya boleh katakan Morales sedang dalam proses untuk menjadi pemain naturalisasi nanti,” kata Stanley ketika ditemui media di Kuala Lumpur semalam.

Buat masa ini, skuad negara sudah ada tujuh pemain bertaraf naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh, Endrick Dos Santos, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain itu, tiga lagi pemain import yang diberi kerakyatan adalah Sergio Aguero (Sri Pahang), Lee Tuck (Kedah) dan Paulo Jo­sue (KL City).

Pan-gon yang juga pengendali kelahiran Korea Selatan sebelum ini berjaya membantu Harimau Malaya berjaya layak secara me­rit ke pentas Piala Asia itu buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun.

Skuad kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan E bersama pilihan utama, Korea Selatan dan dua negara wakil Asia Barat, Jordan serta Bahrain dengan saingan dijadualkan berlangsung di Qatar pada Januari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI