SUDAH namanya artis, kena sedia berdepan kritikan mahu pun kecaman netizen tidak kira seseorang itu berada dalam situasi mana pun.
Perumpamaan itu rasanya tak sesuai diguna pakai apabila membabitkan insan ‘terdekat’ selebriti.
Terbaharu, isu membabitkan isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea yang menjadi bualan netizen dalam media sosial selepas tidak lagi bertudung litup.
Mizz Lahar faham ramai peminat kesal apabila wanita itu tidak lagi menutup aurat selain melemparkan kecaman bertubi-tubi.
Tetapi paling penting kita sudah beri teguran dan ingatan, sekarang terpulang kepadanya untuk berubah.
Namun kini, nampak kita pula yang lebih-lebih apabila menghentam isteri penyanyi itu tanpa memikirkan dosa pahala sendiri.
Mizz Lahar tak hairan kalau pelantun lagu Tergantung Sepi itu memberikan peringatan kepada orang luar supaya jangan melampau.
Bukan kita beri galakkan atas tindakan itu, sebaliknya jangan terlalu ‘over’ sampai diri kita sendiri hilang rasa malu apabila meninggalkan komen berunsur provokasi, menghina dan lebih kepada mengaibkan daripada memberi nasihat.
MIZZ LAHAR: Ada lagi isu bos sebuah syarikat animasi popular burukkan bekas staf di sosial media.