fbpx

Saman gagal kembalikan anak bongsu diserah kepada PDRM dan 3 lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Saman yang telah difailkan seorang guru tadika M. Indira Gandhi berhubung kegagalan mengembalikan semula anak perempuan bongsunya berusia 12 tahun telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tiga pihak lagi melalui serahan tangan.

Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira, ketika dihubungi, berkata writ dan penyataan tuntutan telah disampaikan kepada Ketua Polis Negara (KPN) dan PDRM, dua hari lepas (Selasa) manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia, semalam.

Kata peguam itu, saman yang difailkan pada 28 Oktober lalu telah diserahkan kepada kesemua defendan.

“Pengurusan kes secara dalam talian (e-review) ditetapkan pada 30 November ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof,” katanya.

Terdahulu, pada 28 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan Indira, 45, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Raj & Sach melalui e-filing dengan menamakan KPN selaku defendan pertama manakala PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan kedua hingga keempat. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI