fbpx

[VIDEO] 10 kontena terbakar di Pelabuhan Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan pemadaman kontena di Pelabuhan Utara, hari ini

KLANG – Sebanyak 10 buah kontena mengandungi bahan mudah terbakar musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Utara, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kebakaran itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai 35 anggota dan pegawai termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.14 pagi.

Katanya, sebanyak sembilan buah balai bomba dan penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi pemadaman itu melibatkan
Pelabuhan Klang, Andalas, Sungai Pinang, Kota Raja, Shah Alam, Petaling Jaya, Kota Anggerik, Cyberjaya dan Serdang.

“Kebakaran melibatkan 10 buah kontena mengandungi aerosol dengan pengasingan kontena turut dilakukan bagi mengelakkan kebakaran lebih besar.

“Anggaran kemusnahan adalah 80 peratus dengan api berjaya dikawal pukul 11.40 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Terdahulu, kebakaran tersebut tular menerusi dua buah video berdurasi masing-masing antara 27 dan 30 saat di laman aplikasi WhatsApp. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI