fbpx

Hafreez Adam pula ‘mangsa’ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Hafreez Adam berang selepas tular berita palsu tentang dirinya dikatakan meninggal dunia.

PETALING JAYA – Selepas Datuk Aaron Aziz dan Adam Corrie, kini giliran pelakon Hafreez Adam pula difitnah meninggal dunia oleh sebuah laman blog ‘sendu’ yang tidak bertanggungjawab.

Berang dengan khabar angin yang tidak benar itu, Hafreez atau nama lengkapnya Hafreez Adam Aizat Zahalan menganggap pemilik blog tersebut seakan tidak mempunyai otak.

“Kepada yang buat artikel atau tajuk seperti ini, jangan macam-macam ya. Aku yang setenang-tenang itik berenang pun terkejut orang kirim artikel ini. Apa lagi keluarga aku.

“Otak pergi tanam ke?” tulisnya.

Sama seperti tajuk artikel yang ditujukan kepada Aaron dan Adam, laman blog tersebut menulis artikel dengan ucapan takziah kepada pelakon berusia 32 tahun itu yang dikatakan sudah meninggal dunia.

“Khabar duka dari pelakon terkenal Hafreez Adam telah meninggal dunia hari ini (baca artikel penuh). Al-Fatihah, salam takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham.

“Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” tulisnya.

Hasil carian Kosmo! Online mencari semula berita palsu tersebut dalam blog isuviral-Malaysia.blogspot bagaimanapun tidak menemui laman blog tersebut.

Semalam, pelakon Adam Corrie meluahkan rasa kesal terhadap laporan sebuah laman blog yang menyiarkan berita palsu memaklumkan dirinya sudah meninggal dunia.

Berita yang tular sejak semalam itu sekali gus membuatkan Adam, 55, tidak menang tangan menerima panggilan telefon dan mesej daripada kenalan yang terkejut dengan laporan tidak benar itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI