fbpx

Mahkamah: Tiga lelaki didakwa lakukan rompakan bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan menyimpan barang curi.

IPOH – Tiga lelaki yang diberkas minggu lalu kerana dipercayai terbabit kes pecah rumah dan samun melibatkan pasangan warga emas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Pada prosiding di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad, dua daripada tertuduh, M. Hari Chandran, 41, dan Lawrence Anthony Das, 39, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata.

Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Mengikut kertas pertuduhan, dua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pisau terhadap Chan Liew Chan, 72, di Regat Tasek Timur 20, Taman Ria di Ipoh dalam daerah Kinta pada pukul 3 pagi, 24 Mei 2023.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh mengambil kira mereka terlibat dalam jenayah di lokasi dan mangsa yang sama sebanyak tiga kali dalam masa sebulan.

Bagaimanapun, Mohamad Nazreen berkata, sekiranya jaminan ditawarkan, ia disertakan dengan syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mangsa dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Hari Chandran dan Lawrence yang tidak diwakili peguam memohon agar diberi jaminan yang minimum.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh beserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI