fbpx

Bekas pengawal keselamatan diarah bela diri edar dadah 413.3 gram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Seremban

SEREMBAN – Seorang bekas pengawal keselamatan diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Seremban, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis Kanabis, tiga tahun lalu.

Hakim Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, S Sivasangaran,26, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Rohani berkata mahkamah memutuskan demikian setelah membuat penilaian maksima serta menimbang hujahan kedua belah pihak justeru, mengarahkan tertuduh untuk membela diri.

Berdasarkan pertuduhan, Sivasangaran didakwa mengedar dadah jenis Kanabis seberat 413.3 gram bertempat di tepi jalan Taman Sri Ramai, Rantau kira-kira jam 1 petang pada 19 Februari 2020.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dia turut didakwa pada tarikh, masa dan tempat sama memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 9.03 gram.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Ala’uddin Baharom manakala manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Syafiq Stewart Abdullah dan Nur Achinta Ezyana Sufian.

Selepas membacakan keputusan itu, Rohani memberi tiga pilihan kepada tertuduh untuk membela diri samada melalui keterangan bersumpah dalam kandang, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Sivasangaran memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dan peguam belanya menawarkan empat saksi termasuk anak guam dalam prosiding bela diri.

Tarikh bagi prosiding itu ditetapkan pada 28 hingga 30 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI