fbpx

Andalusia kembali adakan Klinik Umrah selepas 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ida Riswana (tiga dari kanan) bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (tiga dari kiri) dalam majlis Perasmian Klinik Umrah dan Pelancaran Brosur 1445H, di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menjayakan program Klinik Umrah Siri Ke-6 selepas kali terakhir mengadakannya pada tahun 2019 gara-gara pandemik Covid-19.

Program yang dihadiri kira-kira 211 agensi pelancongan dan penerbangan dari seluruh negara itu diadakan dari pukul 8.30 pagi sehingga 6 petang di Dewan Auditorium Andalusia, Desa Pandan, di sini, hari ini.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris, berkata, Klinik Umrah ini bertujuan untuk menyatukan semua agensi bagi berkongsi pandangan dan penambaikkan ilmu kepada penggiat industri pelancongan umrah.

Menurutnya, antara yang ditawarkan dalam Klinik Umrah hari ini adalah perkongsian daripada pelbagai syarikat penerbangan yang menawarkan tiket-tiket umrah.

“Kadang-kadang agensi pelancongan ini susah mendapat akses kepada tiket penerbangan. Jadi hari ini kita bawakan semua syarikat penerbangan yang menawarkan tiket umrah.

“Mereka (syarikat penerbangan) akan jelaskan bagaimana cara untuk industri pelancongan umrah mendapatkan tiket penerbangan. Pada pukul 2 petang pula kita ada perkongsian pemasaran digital bersama Pakar Digital Usahawan, Najib Assadok.

“Perkongsian ini penting kerana kebanyakan syarikat atau agensi pelancongan umrah masih belum lagi menerapkan elemen digital dalam pemasaran mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Klinik Umrah dan Pelancaran Brosur 1445H, di sini, hari ini.

Tambah Ida Riswana, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan ‘business-to-business’ bersama syarikat dan agensi pelancongan umrah yang hadir bagi menjelaskan pakej yang boleh diambil bersama-sama Andalusia.

“Kebanyakan mereka (agensi pelancongan umrah) yang hadir adalah kerana ingin melihat bagaimana rangka kerja kami, bagaimana kami uruskan dan ingin berkongsi pandangan.

“Jadi hari kita dapat berkumpul bersama-sama bagi bertemu penggiat industri pelancongan yang rata-rata terdiri daripada bumiputera untuk terus berikan perkhidmatan terbaik kepada bakal jemaah haji dan umrah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Andalusia turut melancarkan Brosur 1445H yang berwajah baru dan lengkap dengan segala pakej serta maklumat diperlukan oleh bakal jemaah untuk membuat pilihan.

Menurut Ida Riswana, Brosur 1445H ini antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh pihak Andalusia dengan memasukkan semua elemen yang diperlukan dalam pakej umrah.

“Pakej Umrah kita terbahagi kepada empat kategori. Kategori paling mampu milik dikenali sebagai Pakej Ekonomi iaitu jarak dari hotel ke Mekah adalah 780 meter. Kemudian kita ada Pakej Sederhana iaitu paling diminati ramai kerana tidak ekonomi namun masih dekat.

“Kita juga ada Pakej Jarak Dekat pun juga diminati, sebab ada Hotel Safwah, dan yang terakhir Pakej Premium, pakej mewah bersama tiket kereta api.

“Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan Brosur 1445H ini, boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Andalusia di seluruh negara. Jika mahu kami poskan pun boleh atau muat naik terus di laman sesawang kami www.umrahandalusia.com,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI