fbpx

Siasat atas dunia ini perkara biasa, akhirat lebih teruk – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menunjukkan beg didakwa mengandungi dokumen berhubung pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang kepada media sebaik tiba di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menganggap siasatan dijalankan berhubung kenyataan kontroversinya bahawa Pulau Pinang milik Kedah adalah perkara biasa.

Kata beliau, siasatan di dunia merupakan satu perkara biasa, sedangkan di akhirat lebih teruk.

“Bukit Aman jumpa biasalah, depa buat kerja depa, saya buat kerja saya. Biasa saja siasat atas dunia ini, siasat di akhirat lebih teruk. Apa saya boleh dedah, saya dedahkanlah.

“Nanti saya fotostat untuk setiap seorang dan ini ada dokumen satu beg saya bawa. Lawaklah dunia ini,” katanya ketika diserbu wakil media sebaik tiba di pintu pagar Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kedah yang berlangsung hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat memaklumkan, polis sudah memulakan siasatan terhadap Muhammad Sanusi dengan sebahagian daripada laporan pihak berkuasa itu sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) kemudian memberitahu bahawa beliau sedia memberi kerjasama 1,000 peratus terhadap siasatan dijalankan itu sambil memaklumkan akan ada pegawai polis hadir bagi merakam keterangannya hari ini.

Ditanya bila pegawai polis tersebut akan hadir bertemunya, Muhammad Sanusi berkata, beliau sendiri tidak tahu pukul berapa mereka akan datang menemuinya.

“Saya pun tak tahu, mungkin selepas Mesyuarat Exco lah ‘kot’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI