fbpx

Pelan Anti Rasuah PDRM sedang giat dilaksanakan – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani Abdullah Sani ketika memeriksa perbarisan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini - IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Kesemua jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memastikan segala inisiatif dan sub-inisiatif yang dirangka di dalam Pelan Antirasuah PDRM (PAPDRM) dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, tegas Ketua Polis Negara.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tersebut diambil seiring dengan dasar kerajaan bagi memperkasakan integriti dalam kalangan warga pasukan itu.

“Pada masa ini, tindakan di bawah dasar memperkasa governans, integriti dan antirasuah sedang giat dilaksanakan melalui Jawatankuasa Antirasuah (JAR) PDRM dan PAPDRM 2020-2024.

“Segala inisiatif dan langkah yang diambil untuk menangani salah laku dalam pasukan perlu disegerakan, bagi mengelakkan ia menjadi ‘barah’ yang secara perlahan-lahan membinasakan PDRM.

“Tindakan pembendungan dan pencegahan adalah lebih penting dan berkesan kerana kita tidak mahu ‘nasi menjadi bubur’ dan maruah pasukan akhirnya lebur,” katanya dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, hari ini.

Tegas Acryl, PDRM tidak akan sesekali melindungi atau cuba menyembunyikan sebarang bentuk kesalahan jenayah, salah laku, rasuah, mahupun pelanggaran disiplin dalam kalangan anggotanya.

Tambah beliau, sebaliknya tindakan tegas mengikut lunas undang-undang dan peraturan jabatan tetap akan diambil terhadap mana-mana anggota yang didapati terlibat dengan kesalahan-kesalahan tersebut.

“Justeru, untuk memastikan fokus ini dapat dicapai, elemen ilmu, penghayatan dan pembudayaan integriti perlu diberi penekanan secara langsung di semua sudut dalaman.

“Tugas ini bukan terletak di bahu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kelantan (JIPS).semata-mata, bahkan semua pihak khususnya pegawai penyelia dari peringkat bawahan sehinggalah kepada peringkat pegawai atasan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI