fbpx

SPNB tinjau potensi perumahan di Padang Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husam (dua dari kiri) melihat pelan pembangunan infrastruktur ekonomi di Stesen KTMB Padang Besar, Perlis semalam.

PADANG BESAR – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meninjau potensi dan peluang pembangunan perumahan yang bakal dirancang di Perlis khususnya di Padang Besar.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya melawat sendiri kawasan sekitar Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar dan beberapa kawasan pembangunan lain pada semalam.

Katanya, ia bagi melihat potensi pembangunan perumahan di kawasan Transit Orientated Development (TOD) atau Pembangunan Berorientasikan Transit bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Kita juga melawat Perlis Inland Port (PIP), Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) dan Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC) yang dibangunkan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

“Kita mahu melihat sendiri potensi sebenar pembangunan setempat yang akan membuka peluang pekerjaan serta potensi keperluan perumahan di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Husam pada semalam meninjau beberapa lokasi pembangunan ekonomi negeri yang sedang rancak dibangunkan dalam rangka lawatan kerja sehari di Perlis.

Tambahnya, kawasan Padang Besar mempunyai potensi besar untuk perumahan rakyat setempat dan kediaman pekerja yang akan datang ke Perlis pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI