fbpx

Teknologi VAR belum dapat digunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASUNDRAM menjelaskan bahawa kemungkinan besar VAR hanya dapat digunakan pada kejohanan Piala Malaysia hujung tahun nanti. – FAM

HARAPAN peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan seawal aksi separuh akhir Piala FA bulan ini tidak kesampaian kerana proses aplikasi teknologi itu baru sahaja bermula.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram yang menyatakan kemungkinan besar VAR hanya dapat digunakan pada kejohanan Piala Malaysia hujung tahun nanti.

Kata Sivasundaram, buat masa ini seramai 20 pengadil dan 10 penolong pengadil dari Kate­gori A dan A1 telah dipilih untuk Latihan dan ditauliah sebagai pengadil VAR pada tahun 2023.

“Bagi tahun 2023 ini, pelaksa­naan VAR lebih tertumpu kepada Latihan Pengadil, VAR Similator, “live match training’, pengiktirafan teknologi VAR dan pengiktirafan stadium yang akan menggunakan VAR.

“Justeru, tempoh latihan yang bakal diberikan kepada barisan pengadil ini bermula Jun hingga November tahun ini.

“Jika sempat, kita akan laksanakan pada separuh akhir dan final Piala Malaysia. Bagi saingan Piala FA kali ini memang tidak sempat kerana perlukan tempoh masa untuk pengadil ini bersedia sepenuhnya,” kata beliau ketika ditemui semalam.

Mengulas lanjut, Sivasundaram turut mengesahkan sebagai tambahan seramai 15 pengadil dan penolong pengadil akan turut dipanggil untuk mengikuti Latihan VAR pada tahun ini dan mereka akan ditauliahkan pada tahun 2024.

Sebagai rekod, FAM sebelum ini menyatakan kemungkinan besar teknologi VAR akan digunakan pada beberapa perlawanan penting termasuk aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia serta Piala FA tahun ini.

Namun, aksi separuh akhir Piala FA kali ini melibatkan pasukan Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala Terengganu FC (TFC) menentang Kuala Lumpur City (KL City) de­ngan aksi dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun ini.

Perlawanan final Piala FA pula dijadualkan berlangsung pada Julai depan dengan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dipilih sebagai venue bukan berkecuali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI