fbpx

Tiada lagi ciri Reels di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIRI Reels dalam platform YouTube akan dibuang pada 26 Jun ini.

PENGGUNA aplikasi penstriman video, YouTube bakal merindui ciri Stories yang diumumkan akan dibuang dalam tawaran perkhidmatannya.

Ciri yang diperkenal pada tahun 2017 dengan nama Reels itu dilaporkan akan dibuang pada 26 Jun ini.

Menurut kenyataan dari pihak YouTube, selepas tarikh itu, pengguna tidak lagi boleh membuat Stories dan kandungan sedia ada akan hilang selepas tujuh hari dimuat naik.

“Pihak YouTube mahu pengguna mengutamakan fitur lain di platform kami seperti Community Post, Shorts, Video dan Live.

“Video pendek yang dimuat naik di Stories tidak meraih komen dan ‘Like’ yang banyak berbanding Community Post dan Shorts,” katanya.

Tambahnya, pihak YouTube sendiri mengakui ciri Stories kurang popular dan sukar untuk mencapai tontonan khalayak ramai.

Ini berikutan, YouTube sudah mempunyai dua ciri video pendek iaitu Stories dan Shorts yang mana.

Jadi, kedua-dua ciri ini tidak perlu dikekalkan kerana secara asasnya ia adalah sama.

Ciri Shorts juga memberikan lebih manfaat pada pengguna kerana YouTube ada memperkenalkan program Rakan Kongsi YouTube.

Menerusi program tersebut, pengguna boleh menjana wang.

YouTube pada masa sama telah memperluaskan akses Community Post kepada jutaan pencipta dan menambah ciri baharu seperti keupayaan untuk menghadkan tempoh hantaran.

Lebih menarik, pengguna juga boleh berkongsi undian, kuiz, imej serta video dengan ciri Community Post.

Stories adalah ciri yang boleh diakses untuk akaun lebih 10,000 subscribers. Selain YouTube, format video gaya pendek ini turut terdapat di platform media sosial lain seperti Instagram dan WhatsApp.

Ciri ini awalnya dipopularkan oleh aplikasi Snapchat, sebelum diadaptasi platform lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI