fbpx

Madu Nurulhidayah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman Instagram milik Nurulhidayah.

PETALING JAYA – Madu kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid iaitu Datin Bahazanariah Baharudin telah meninggal dunia pada pukul 4.16 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsi sendiri Nurulhidayah yang juga anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di laman Instagram hari ini.

Menurut Nurulhidayah, madunya itu meninggal dunia selepas bertarung melawan kanser payudara tahap empat sejak Ogos lalu.

“Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, Nurulhidayah Ahmad Zahid bersama suami Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak madu, Datin Bahazanariah yang sangat kami sayangi.

“Ingin memaklumkan Datin Bahazanariah telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) di Hospital KPJ Damansara setelah bertarung penyakit barah tahap empat sejak Ogos tahun ini,”katanya di Instagram hari ini.

Pada masa sama, Nurulhidayah turut memaklumkan tentang penyakit yang ditanggung Bahazanariah selama ini.

“Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap empat sekitar Ogos selepas Hari Raya Haji.

“Doktor telah sahkan barah yang kakak hadapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos, kakak sangat kuat,” luahnya di Instagram.

Nurulhidayah yang juga isteri kedua kepada Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff turut mendoakan madunya itu ditempatkan dalam kalangan para solehin,

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya.

“Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin,”jelasnya.

Tambah beliau, jenazah Bahazanariah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI