fbpx

Terengganu berpotensi menerajui industri penyahkarbonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi sewaktu merasmikan sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 bersama kerajaan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu berpotensi tinggi untuk menerima limpahan besar daripada industri penyahkarbonan yang sedang dirintis kerajaan Pusat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, telaga-telaga minyak kosong ekoran kehabisan sumber petroleum di perairan negeri tersebut boleh dijadikan sebagai pusat penyimpanan bahan mentah industri teknologi hijau berkenaan.

“Kerajaan Pusat mahu menjadikan negara sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini kerana ia merupakan pelaburan paling besar dunia sejak 2021.

“Ada potensi besar di Terengganu dengan menukar industri minyak dan gas di Kerteh menjadi industri hijau menggunakan telaga minyak sedia ada (yang telah kosong),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan negeri Terengganu.

Rafizi berkata, telaga minyak kosong itu akan diisi dengan karbon dioksida sama ada dalam dan luar negara sebelum mengalami proses suntikan penyahkarbonan.

Jelas beliau, industri itu mendapat permintaan tinggi kerana ekonomi hijau yang lebih mesra alam kini semakin menjadi keutamaan global.

“Ikutkan fasiliti Petronas di Kerteh (Kemaman) hanya bersedia beroperasi (untuk industri penyahkarbonan) pada tahun 2030 tetapi kerajaan mahu ia dipercepatkan pada 2028.

“Sehubungan itu, kerajaan akan mengubal akta baharu bagi merangsang industri tersebut secepat mungkin,” katanya.

Rafizi berkata, penggubalan undang-undang tersebut bertujuan merangsang kemasukan pelabur asing bagi industri beteraskan teknologi hijau berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI