fbpx

USJT Bukit Aman siasat dakwaan Sanusi P. Pinang milik Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin.

GEORGE TOWN – Kes dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kini dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sebanyak empat laporan polis telah diterima berkaitan dakwaan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa Pulau Pinang berada di bawah hak milik Kedah. Pemimpin Pas Kedah itu juga berkata Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan Kedah.

Susulan dakwaannya itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menegaskan yang pihaknya bersedia ke mahkamah berhubung dengan kenyataan Sanusi baru-baru ini.

Selain itu, beberapa pemimpin DAP antaranya Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer juga bertindak melaporkan kepada pihak polis berkaitan isu sama Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI