fbpx

Sorok 620 karton rokok dalam pintu kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali (dua dari kanan) melihat sejumlah rokok putih yang dirampas yang disorokkan didalam keping pintu dipercayai untuk dihantar ke negara jiran pada sidang akhbar di Menara Kastam di sini hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Taktik licik sindiket penyeludupan dengan menyembunyikan rokok dalam pintu kayu sebelum dihantar ke negara jiran melalui perkhidmatan kurier terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan serbuan di sebuah syarikat penghantaran, di Jalan Kempas Lama, di sini 21 Oktober lalu.

Pengarah JKDM negeri, Sazali Mohamad berkata, serbuan yang dijalankan pada pukul 4.30 petang itu sebahagian daripada Ops Benteng 2020, hasil maklumat risikan.

Katanya, rokok yang dirampas berjumlah 620 karton, bersamaan 124,000 batang dengan anggaran nilai RM49,500, melibatkan cukai bernilai RM86,000.

“Hasil serbuan dibuat, pihaknya mendapati 10 kepingan pintu kayu yang berisi 62 karton rokok seludup setiap satu, menjadikan keseluruhan 620 karton rokok.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati kesemua pintu berkenaan dalam proses untuk dihantar ke negara jiran melalui perkhidmatan syarikat penghantaran,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat JKDM negeri, di sini hari ini.

Serbuan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang tangkapan dan siasatan lanjut masih dijalankan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI