fbpx

Trafik sesak menghala ke Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan raya yang sesak menuju ke Plaza Tol Gombak dari arah Pantai Timur.

PETALING JAYA – Aliran trafik dari arah Pantai Timur ke menuju ke Plaza Tol Gombak dilaporkan sesak teruk malam ini berikutan orang ramai pulang selepas cuti sekolah.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan kesesakan lalu lintas itu dikatakan berlaku berikutan pertambahan kenderaan.

“Trafik dilaporkan perlahan dan sesak dari arah barat iaitu 9.5 kilometer (km) dari Km 71.3 ke Plaza Tol Bentong.

“Kesesakan juga berlaku sepanjang 10.9km dari Plaza Tol Bentong ke Km 50.9 (Bentong – Lentang) manakala dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah sesak sepanjang 10km dari Km 46.8 ke Km 36.8,” katanya di sini tadi.

Selain itu, trafik juga sesak sepanjang 15.9km dari Km 35.7 ke Plaza Tol Gombak.

“Sementara itu, dari arah timur kesesakan berlaku sepanjang 4.9km dari Km 65.5 ke Km 70.4 dari Bentong ke Karak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan berlaku satu kemalangan di Km 216.0 arah utara dari Ayer Keroh ke Pedas Linggi pada petang tadi yang menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Bagaimanapun, setakat pukul 8.58 malam tadi difahamkan insiden tersebut telah selesai sepenuhnya dan trafik kini berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI