fbpx

Sekumpulan lelaki menyamar polis, cuba tahan orang awam diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular memaparkan tiga lelaki menyamar sebagai polis cuba mengarahkan kereta dipandu mangsa untuk berhenti di KM41 Lebuh Raya Utara-selatan, Kulai awal pagi hari ini.

KULAI – Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis cuba menahan sebuah kenderaan di Kilometer (KM) 41.5 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan video tular itu pada pukul 1.52 tengah hari ini yang memaparkan mangsa dikejar kenderaan dinaiki ‘polis’ tersebut.

Beliau berkata, tiga lelaki yang menyamar sebagai polis itu menggunakan lampu ‘beacon’ seakan-akan polis cuba mengarahkan mangsa untuk menghentikan kenderaannya.

“Pemilik akaun bernama Freeman Gan, berkongsi video itu di Facebooknya memaparkan dia dikejar oleh sebuah kereta yang dinaiki tiga individu yang menyamar sebagai pasukan polis.

“Mengikut maklumat yang diterima, kejadian itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berdurasi 26 saat yang tular itu menunjukkan mangsa dikejar oleh sebuah kereta dinaiki tiga lelaki yang berpakaian ves seperti polis dan mengenakan penutup muka bagi mengelak wajahnya dirakam cuba mengejar mangsa.

Menurut perkongsian mangsa di Facebooknya, kejadian berlaku pada pukul 5.40 pagi selepas dia mengambil rakannya untuk pergi ke Genting Highlands sebelum sebuah kereta mengekorinya sejak dari KM 27 dan beberapa kali cuba memintas serta mengarah untuk berhenti.

Yusof berkata, sehingga kini mangsa masih belum hadir ke balai polis membuat laporan polis berkenaan kejadian ini.

“Polis Daerah Kulai masih dalam usaha kesan pemilik kereta itu untuk siasatan lanjut berhubung kejadian ini. Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk tampil menyalurkan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dengan menghubungi talian 07-6637222 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Mohammad Azri di talian 010-7647789,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI