fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlarutan di Kuala Lumpur dan Labuan hingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan di Kelantan dan Terengganu bagi tempoh sama.

Manakala di Pahang cuaca buruk dijangka dialami di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Selangor di Gombak dan Hulu Langat. Negeri Sembilan di Jelebu. Sarawak di Miri (Marudi) dan Limbang.

“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI