fbpx

Selepas dipotong kaki, buah pinggang pula rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASLINA di sisi suaminya menggunakan kerusi roda di hadapan rumah mereka di Rumah Rakyat Pahang, Bukit Tepus, Kampung Chegar Perah di Lipis kelmarin.

LIPIS – Akibat kencing manis kronik, seorang suri rumah terpaksa menerima hakikat apabila dua kali kaki kanannya terpaksa dipotong hingga ke paras paha.

Haslina Yusof, 46, juga berdepan ujian besar apabila disahkan pula mengalami kerosakan buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis.

Ibu kepada dua anak berusia 15 dan 20 tahun itu turut menghidap darah tinggi, malah sejak akhir-akhir ini keadaan penglihatan mata kanan tidak nampak dan sebelah kiri pula samar.

Haslina berkata, dia kini mengharapkan bantuan suaminya, Romli Mat Kasim, 52, untuk me­lakukan aktiviti harian termasuklah dalam menguruskan rumah.

“Saya tertekan setiap kali hendak berulang alik ke Hospital Lipis bagi menjalani rawatan dia­lisis seminggu tiga kali,” katanya di Rumah Rakyat Pahang Bukit Tepus, Kampung Chegar Perah, di sini kelmarin.

Menurutnya, akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi yang mula dialami ketika berusia 25 tahun menyebabkan dia menghidap penyakit buah pinggang sejak sembilan tahun lalu.

Dia memberitahu, kaki kanannya mula dipotong lima tahun lalu apabila pihak hospital mendapati komplikasi kencing manis semakin teruk.

Sementara itu, Romli berkata, dia menguruskan semua keper­luan isterinya termasuk me­ngangkat ke tandas.

Katanya, ketika ini isterinya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan sumbangan zakat barangan keperluan dapur daripada Majlis Ugama Islam Pahang.

“Menteri Besar Pahang juga memberikan bantuan rumah baharu di bawah projek RRP yang kami duduki dua bulan lalu,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Has­lina di talian 019-431 2786 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 03063020159443 (Haslina Yusof @ Yatim).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI