fbpx

Ibu Siti Nur Surya masih belum faham anaknya sudah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kanan) dan Ismail (tiga dari kiri) mengamin doa sewaktu diziarahi Hanafiah (dua dari kiri) di rumah keluarga mereka di Kampung Beladau Kepong, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Ibu Siti Nur Surya Ismail, Zaini Musa, 55, yang menderita barah otak masih belum memahami hakikat anak perempuannya itu sudah meninggal dunia.

Suaminya, Ismail Muda, 58, berkata, beliau sudah memaklumkan kematian Siti Nur Surya, 19, kepada isteri pada hari pengebumian anak kelimanya itu pada Isnin lalu.

“Begitupun, isteri saya (Zaini) tidak menunjukkan sebarang reaksi yang dia memahami dan sampai hari ini, dia asyik bertanyakan dan mencari kakak (Siti Nur Surya).

“Saya memberitahu Siti Nur Surya meninggal kerana demam. Tak sampai hati hendak cerita hal sebenar kerana risau tahap kesihatannya (Zaini) yang semakin merosot kini,” katanya dalam keadaan sebak ketika di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini hari ini.

Terdahulu beliau sekeluarga diziarahi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat.

Ismail berkata, setakat ini, beliau hanya bercadang untuk menceritakan kisah sebenar Siti Nur Surya menjadi mangsa pembunuhan kejam sekiranya kesihatan isterinya pulih kelak.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah dan pergelangan tangan kirinya putus oleh adik bongsunya di ruang tamu rumah sewaktu pulang dari sekolah pada Ahad lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI