fbpx

Wanita trauma rantai leher emas diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila rantai leher emasnya yang bernilai RM5,000 diragut dua lelaki dari arah belakang ketika berada di hadapan sebuah pasar mini di Taman Desa Teratai Senawang di sini, Sabtu lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Farah, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu dia pada mulanya menyangka rakannya bergurau menarik  dari arah belakang sebelum mendapati barang kemas itu telah dilarikan.

Tangkap layar hantaran mesej di WhatsApp

“Ketika kejadian saya baru habis bekerja di sebuah kilang di Senawang dan mahu membeli makanan di hadapan sebuah pasar mini.

“Dalam tempoh lima minit kemudiannya, saya terasa seperti ada orang tarik dari arah belakang sebelum mendapati rantai emas yang dipakai lesap, suspek telah melarikan diri menaiki motosikal Yamaha LC berwarna biru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Farah, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Senawang kira-kira pukul 7.40 malam selepas kejadian berlaku.

“Rantai emas itu saya beli dengan hasil kerja keras sendiri. Saya harap sesiapa yang ternampak atau mempunyai rakaman papan pemuka dapat membantu polis mengesan suspek,” katanya yang trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis sedang memburu dua suspek kes ragut tersebut susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

“Kerugian dianggarkan bernilai RM5,000 dan setakat ini, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI