fbpx

Giring tidak sepentas dengan D’masiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
D'Masiv bersama Giring (tengah).

KUALA LUMPUR – Bekas vokalis kumpulan popular Nidji, Giring yang sepatutnya menjadi artis jemputan Konsert D’Masiv Road To The World di Kuala Lumpur kelmarin tidak muncul seperti dirancang.

Berita itu diumumkan vokalis band popular Indonesia itu, Rian sebelum menyampaikan lagu Hapus Aku nyanyian asal kumpulan Nidji.

Begitupun, vokalis tersebut tidak menyatakan alasan Giring membatalkan kemunculan sedangkan dua hari sebelumnya penyanyi merangkap ahli politik itu sudah menyatakan keterujaan berkongsi pentas ketika ditemubual media Malaysia.

“Sebelum menyampaikan lagu Hapus Aku, saya ingin menyampaikan satu berita menyedihkan. Giring tidak dapat menyanyi bersama kami.

“Namun, atas alasan tertentu Giring tidak dapat membuat persembahan tetapi kami akur dengan keputusan tersebut,” kata Rian.

Sementara itu, Rian berkesempatan meminta izin menyampaikan lagu kepada Giring yang hadir sebagai penonton menyaksikan persembahan kumpulan popular Indonesia itu.

“Walaupun tidak buat persembahan, Giring tetap hadir bagi menyaksikan konsert kami.

“Kepada Giring, izinkan D’masiv membawakan lagu Nidji ya,” ujarnya sebelum menyanyikan lagu Hapus Aku.

Dalam masa sama, bekas vokalis Nidji itu memuat naik hantaran meluahkan perasaan sedih tidak dapat berkongsi pentas bersama D’masiv.

Giring atau nama lengkapnya Giring Ganesha Djumaryo itu bagaimanapun akur dan tetap hadir bagi menyokong sahabatnya di pentas.

“Sudah tentu saya sangat sedih kerana pda minit terakhir sebelum konsert bermula, saya tidak dapat mengikuti D’masiv bernyanyi.

“Namun, saya harus mentaati peraturan yang berlaku dan kembali ke tujuan asal iaitu hadir menyokong pencapaian luar biasa D’masiv.

Sebelum ini, pelakon Nabila Huda selaku penganjur memaklumkan pihaknya menampilkan bekas vokalis kumpulan popular Nidji, Giring untuk memeriahkan konsert D’Masiv pada malam kedua.

Manakala bagi konsert malam pertama pula membariskan Is Pusakata yang bakal berduet dengan D’Masiv menyampaikan lagu Ingin Lekas Memelukmu.

Kumpulan popular Indonesia itu ‘diterbangkan’ Neptunes Presents ke Kuala Lumpur bagi konsert ulang tahun ke-20 berjaya memikat hati peminat lagu ‘galau’ semasa di Zepp KL pada 2 dan 3 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI