fbpx

Pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas cecah jarak 10km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba meneruskan usaha mencari kanak-kanak tersebut di Lubuk Hantu, Simpang Empat di Tanjung Malim, Perak hari ini. - IHSAN BOMBA

TANJUNG MALIM – Operasi pencarian kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Teratak River View di Lubuk Hantu, Simpang Empat di sini pada Sabtu lalu diteruskan pagi tadi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menggunakan beberapa kaedah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, antara kaedah digunakan termasuklah river downstream, surface searching, tensional diagener dan stream searching.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman di beberapa lubuk tertentu manakala pasukan pencarian dipecahkan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada enam orang setiap pasukan.

“Mereka menyusuri sungai sejauh tiga kilometer (km). Dua boat rafting digunakan merangkumi jarak sehingga 5km. Unit K9 juga telah memfokuskan pengesanan ke perangkap sampah dalam jarak 10km,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kanak-kanak tersebut, Edward Grang Anak Jenggut dari Sarawak dipercayai mengunjungi lokasi berkenaan bersama keluarganya dilaporkan hilang pada Sabtu lalu pada pukul 5.06 petang.

Pencarian kanak-kanak itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan pada Sabtu dan semalam akibat keadaan sungai tersebut yang tidak mengizinkan usaha berkenaan diteruskan seperti arus yang deras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI