fbpx

Guardiola cabar City terus ukir sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY melengkapkan kejuaraan domestik berganda di bawah Guardiola selepas memenangi Piala FA dengan menewaskan United 2-1 pada aksi final di Stadium Wembley kelmarin.

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mencabar anak-anak buahnya untuk terus mengukir sejarah dalam usaha menjulang gelaran trebel selepas berjaya menewaskan Manchester United 2-1 pada aksi final Piala FA kelmarin.

Pada saingan di Stadium Wembley itu, The Citizens tidak mempunyai masalah untuk menjuarai trofi kedua musim ini hasil dua gol jaringan Ilkay Gundogan, manakala United meraih gol saguhati menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes.

Keputusan itu me­nyaksikan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hanya se­langkah sahaja untuk melengkapkan gelaran trebel apabila dijadualkan bertemu Inter Milan pada saingan final Liga Juara-Juara Eropah, Ahad ini.

Kata Guardiola, kemenangan yang diraih ke atas seteru tradisi itu menaikkan lagi motivasi pasukan dalam usaha melengkapkan pencapaian gemilang dengan prestasi ampuh dipamerkan sepanjang musim ini.

“Peluang untuk meraih gela­ran trebel tidak datang selalu. Namun, saya percaya semua orang boleh lihat komitmen pasukan berdasarkan apa yang dipamerkan sejak beberapa musim lepas dengan meraih lima trofi EPL dan dua Piala FA.

“Namun, apa yang tinggal adalah trofi Liga Juara-Juara yang mana hanya kejayaan boleh menjamin kedudukan barisan pemain ini sebagai salah satu le­genda bola sepak Eropah.

“Saya akui kita tidak boleh meraikan kejayaan menjulang trofi berganda di peringkat domestik dan fokus perlu diberikan pada perlawanan bertemu Inter segera.

“Pemain perlu bijak menyerap tekanan dan tidak mensia-siakan peluang keemasan untuk mencipta sejarah di peringkat kelab dan peribadi,” kata pengendali import dari Sepanyol itu.

Sementara itu, Gundogan yang juga kapten The Citizens berharap rakan-rakan sepasukan kekal fokus dalam memastikan impian untuk menjulang tiga trofi berprestij musim ini dapat direalisasikan.

“Saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan dan ini adalah tahun ketujuh saya bersama City. Peluang untuk bekerjasama de­ngan Guardiola memberikan pe­ngalaman yang unik tetapi masih ada satu lagi aksi yang perlu diharungi nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI