fbpx

Kereta api India: Individu bertanggungjawab dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa gerabak yang rosak akibat perlanggaran tiga kereta api berhampiran Balasore, di negeri Odisha, timur India hari ini. - AFP

NEW DELHI – Menteri Kereta Api India, Ashwini Vaishnaw memaklumkan bahawa punca dan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas kereta api paling teruk dalam beberapa dekad di negara itu telah dikenal pasti.

“Kami telah mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atasnya,” kata Ashwini kepada agensi berita ANI sambil menambah, adalah ‘tidak wajar’ untuk mendedahkan butiran lanjut sebelum laporan penyiasatan akhir selesai.

Angka kematian akibat nahas kelmarin di lokasi berhampiran Balasore, timur Odisha dijangka meningkat melebihi 288 orang.

Menurut Ashwini, kemalangan itu berlaku disebabkan perubahan semasa ‘interlock’ elektronik. 

Istilah itu merujuk kepada sistem isyarat kompleks yang direka untuk menghentikan kereta api daripada berlanggar dengan mengatur pergerakan di landasan.

“Sesiapa yang melakukannya dan bagaimana ia berlaku, akan diketahui selepas siasatan yang sewajarnya,” tambahnya.

Terdapat kekeliruan mengenai turutan kejadian yang tepat tetapi laporan yang memetik pegawai kereta api berkata bahawa ralat isyarat telah menyebabkan Coromandal Express yang bergerak ke selatan dari Kolkata ke Chennai, beralih ke landasan sebelah.

Ia merempuh sebuah kereta api barang sebelum serpihan gerabak menggelincirkan sebuah tren ekspres yang bergerak ke utara dari Bengaluru ke Kolkata, yang juga melalui kawasan itu.

Ketua Setiausaha Negara Odisha Pradeep Jena mengesahkan bahawa kira-kira 900 orang yang cedera telah dimasukkan ke hospital. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI